
"Ya ALLAH ! semoga hari pertama aku disini berjalan dengan lancar". Itulah kata hati seorang gadis yang melangkah ke alam baru alam yang belum pernah di alaminya. Bermulanya dari sekolah yang di banjiri gadis-gadis lincah yang bersahaja kini dia mula di tempatkan di sekolah yang di huni bersama jejaka. Dalam hati hanya TUHAN yang tahu. Betapa 'pelik' suasana di sekeliling. Dimana kaki melangkah di situ ada sahaja mata memandang. Siniskah? sukakah? pelikkah? bencikah? dia ketakutan. Tidak kurang jugak ada di antara pelajar lelaki duduk berdekatan balkoni menghadiahkan 'flying kiss' sebagai tanda menyambut kedatangan dia ke sekolah baru itu.
Sebagai pelajar baru yang menghuni kelas Tingkatan 4 Lyana di kira seorang junior. Sikap pelajar lelaki yang sering menjerit, bergaduh, membahan pelajar lain dan bercinta sana sini membuat dia tertanya-tanya bagaimanakah dia akan 'survive' dalam suasana yang memang tidak di senanginya. Tetapi lama kelamaan suasana itu menjadi biasa dalam kehidupan sehariannya.
Azam baru di tanam jauh di sudut hati. Lyana akan cuba jadi yang terbaik untuk keluarga. Saban hari Lyana belajar untuk maju. Setiap kali keputusan ujian keluar, Lyana akan berharap segala usahanya membuahkan hasil.
Suatu hari, Lyana mula di ganggu oleh seorang pelajar lelaki. Ruzaifi, seorang pelajar lelaki yang menjadi buah mulut semua warga sekolah bukan kerana kewibaannya tetapi kerana kenakalannya. Walaupun begitu, Ruzaifi di minati oleh ramai gadis-gadis di sekolah. Lyana menjadi semakin rimas apabila Ruzaifi kerap mengekorinya di sekolah. Habis sahaja waktu sekolah Ruzaifi akan tercegat di pintu pagar setia menunggu Lyana. Lyana tahu Ruzaifi akan cuba berborak dengannya tetapi dia malas melayan.
" Lyana,tunggu la..penat tahu saya tunggu awak..awak takda kelas ke petang ni?? ", kata Ruzaifi.
" Takda, cikgu kata batal ", jawab Lyana ringkas.
Hari demi hari Ruzaifi semakin berani menghampiri Lyana dengan cara drastik. Ketika Lyana menaiki tangga perjalanannya telah di halang oleh Ruzaifi. Ruzaifi menghadang Lyana dengan tangannya.
" Awak nak pergi mana ni? kenapa awak sombong sangat dengan saya? ", tanya Ruzaifi.
" Saya bukan sombong,tapi saya dah lambat masuk ke makmal. Awak boleh kasi saya lalu tak ", Protes Lyana.
Hati Lyana sakit melihat kelakuan mamat di panggil Ruzaifi itu. Semakin hari semakin benci !! "kenapalah perangai macam tu pun ramai yang minat? ", Lyana bermonolog.
Beberapa bulan berlalu, Lyana merasakan Ruzaifi itu sudah menjadi sebahagian dari harinya di sekolah. Pandang sana dia,lari sini dia.terjun bangunan baru takda Si Ruzaifi ni agaknya. MUAK!!.. sehingga di suatu saat Lyana memberi amaran kepada Ruzaifi.
" Awak, if awak nak berkawan dengan saya cuba awak belajar bersungguh-sungguh. Jangan memain macam ni. Jangan ponteng kelas and stop smoking "...
Semuanya berubah setelah itu, Ruzaifi sudah rajin kesekolah, tidak ponteng kelas dan tidak lagi menghuru-harakan sekolah. Lyana bersyukur dalam hati. Lama kelamaan, Ruzaifi dan Lyana menjadi rapat. Mereka sering bersms di kelapangan. Sungguh pun begitu Lyana tidak lupa pada pelajarannya. Mereka belajar bersama dan pulang juga bersama-sama. Perasaan benci Lyana kepada Ruzaifi hilang entah kemana. Bahkan yang tinggal hanyalah perasaan senang dengan Ruzaifi. Betul lah kata orang tua 'jangan terlampau membenci takut nanti menjadi suka'.........
" Awak...saya nak couple dengan awak boleh? ", ayat gempak Ruzaifi terkeluar sudah...
~bersambung....












3 comments:
rekaan sendiri ke syg??kreatif ni.
sy tggu smbgnnya.. kih3 ^^
http://twinklestargirls.blogspot.com/ follow laa ye? tq !
Post a Comment