Keluhan .


Hari berganti hari, menjadi bulan yang ditelan masa menanti saat rindu yang dulu tak pernah kunjung tiba.
Aku menjadi manusia yang tamakkan segalanya. Perhatian dia, kasihnya dia, rajuknya dia... tetapi sekarang semuanya berubah. Segala yang pernah ada dulu untuk aku kian hilang dan menjadi kosong. 

Memulakan sesuatu yang baru bukannya semudah yang disangka. Rajukku yang dulu dipujuk kini dipandang keanak-anakkan. Marahku yang dulu diubah menjadi tawa kini menjadi bara yang menghangatkan pergaduhan. Manjaku yang dulu hilang. Egoku mula bertandang. Mengapa tidak dari dulu aku menjadi manusia yang tidak pernah kenal erti manja kerana sekarang jatuhnya aku menyakitkan jiwa. 

Manusia tak pernah sama. Tapi mengapa aku masih mengharapkan manusia itu sama, masa itu sama, kasih dan fahamannya juga sama. Lapangku diteman tangis. Minda mengajar hati untuk menerima segala yang ada didepan mata adalah kurnia. Baik buruk menjadi teladan mengajar aku menjadi aku. 

Ikhlaslah aku supaya tiada sesal mengejar dikemudian hari, jangan kau gamit kenangan yang dulu kelak yang sekarang menghilang sendiri. Ya ALAH.. kuatkanlah aku untuk menjadi aku. 

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Maafkan Saya Jika Saya Bukan yang Terbaik ~


 Bercinta atau berkasih sayang memerlukan kepercayaan yang tinggi bukan sekadar untuk dipermainkan.
Bercinta atau berkasih sayang memerlukan kesabaran bukan 24jam pergaduhan.
Bercinta atau berkasih sayang memerlukan kesefahaman bukan menayangkan ego zaman berzaman.
Bercinta atau berkasih sayang haruslah ada toleransi bukan menyakiti.
Bercinta atau berkasih sayang haruslah menerima ketidaksempurnaan bukan mencari kesempurnaan.
Bercinta atau berkasih sayang haruslah mendoakan supaya kebahagian milik bersama bukan mendokan kejatuhan disaat benci bermaharajalela.

DAN

 Bercinta atau berkasih sayang haruslah ada keikhlasan supaya berkekalan hingga hujung nyawa.

In Shaa ALLAH :)


Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Hati Kecil


Hati manusia tersangatlah kecil tetapi mampu menanggung 1001 perasaan. Manusia mempunyai hati yang hebat tetapi manusia makhluk TUHAN yang tidak sempurna. Sekuat mana pun hati itu ia tetap akan menangis apabila penat menanggung segala beban. Hati sangat penting tanpa hati manusia akan merasa kosong. Tetapi mengapa manusia sering melukakan hati yang satu itu. Hati yang berderai kata orang tidak boleh dicantum semula. Walaupun dicantum bekasnya tak mugkin akan hilang.



Maafkan hati ini jika masih ada rasa sangsi terhadap segalanya. Hati ini tidak kuat untuk menahan tidak boleh untuk berdiam dan tidak mampu untuk menyembunyikan segala duka untuk ke sekian kalinya.

Maafkan hati ini jika sakitnya mampu melukakan hati yang lain. Ketahuilah hati yang kecil ini sangatlah rapuh.   Sekali ia merasa duka dan ia bangkit dan berusaha mencari kebahagian yang ada. Tetapi jika kesekian kalinya hati dilukai ia akan bangkit dan tidak akan pernah menoleh kebelakang. Segala kedukaannya akan menjadi tembok penghalang kepada segala perasaan yang lain.

Jagalah hati. Jangan biarkan ia dilukai kelak ia akan menjadi belati yang membelah segala kepercayaan yang bersisa dan memadam kegembiraan yang masih ada.

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Belog Bersawang !


Testing ! Testing ! Testing !
uhuuk! berhabuknyaaaaaa... ngeeee
Hai, encik belog .. lamakan aku tak singgah jenguk kau . rindu nak tulis-tulis kat badan kau ni .
Maaf ya !
Banyak yang berlaku selama ini wahai encik belog . Sampaikan aku rasa penat nak adapt n adopt dengan semua benda yang terjadi .
DAN
sekarang aku mohon segala yang baik berlaku dalam hidup aku . mohon juga segala yang buruk dapat aku hadapi dengan tenang . :) amin ....



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Niat Puasa :)


ada diantara kita yg telah menghafal niat puasa dengan jayanya..
TAPI.....
jangan terperanjat masih ada segelintir kecil saudara kita tidak menghafal niat puasa.. :)
jangan risau.. jum alyn kongsikan niat puasa bagi mereka-mereka yg di luar sana :)

gambar adalah ihsan dri pak cik GOOGLE !

 sesape yang rasa dirinya seorang pelupa macam alyn ni .. boleh la baca terus niat puasa untuk sebulan..
Mudah-mudahan segala amalan yg baik dapat dilaksanakan di bulan yg penuh keberkatan ini :)

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Salam Ramadhan :)



Salam Ramadhan buat saudara - saudari dan kaum keluarga sekalian.
Semoga ramadhan kali ini di berkati ALLAH :)

Selamat menunaikan kewajiban sebagai umat ISLAM <3


Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Salam Maal Hijrah 1433 H


Salam Maal Hijrah buat semua rakan-rakan blogger..
Semoga permulaan tahun baru ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelumnya..
Semoga kita dapat mencapai azam baru dan menjadi insan yang lebih baik di dunia mahupun akhirat..
Alyn harap setiap ikatan atau hubungan yang terjalin di antara keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat akan sejahtera dan bahagia selalu.. 


semoga kita dapat menghijrahkan diri kita menjadi insan yang di redhai ALLAH :)

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

ASTRO oh ASTRO



gedabak punye gambar takan ta nampakkan..kan.. A.S.T.R.O !!

Alyn tau ramai da tau pasal ni. tpi still rase ta puas ati jugak dgn ASTRO ni.Boleh di katakan cerita yg di siarkan berulang-ulang.Ada cerita to pagi da disiarkan, petang pon di siarkan cerita yang sama jugak..
Bila bukak je tb cerita yang sama,hadoiiii!!!...

Kena bayar lagi mahal la jawabnye utk tambah channel yang lagi ummmppphhh!! :(





Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

MALAYSIA Aaauuummmmm!!


Melompat-lompat,menjerit-jerit,huhahuha...!! tebiat yg tidak ptot di contohi, tapi itulah hakikatnya bila kita menonton bola..hahaha!! gilak binggit suasana kat kedai makan.spend tyme reramai sambil sorak utk MALAYSIA! owesome seyh...


Definately,proud to be MALAYSIAN!
HARIMAU MUDA..AAUUUMMM!AAUUUMMM!!

GARUDA??!! Hisyh,suda kena baham sama SANG BELANG la..


yuhuu..!!last nyte,sangat xcited tgok TIGER'ians lawan.Tahniah buat mereka-mereka cuz berjaya bawak balik Pingat EMAS!! Conpemplusconfident la Indon nanges reramai.Kawalan utk para TIGER'ians sgt2 la ketat,sampai alyn tgok kene naek kete kebal..huyooh!! rusuhan tidak patot berlaku okeyh..
kalah menang adat bertanding, jgn kerana kekalahan kita sesama manusia bercakaran dan berbunuhan pulok kan..???!!!

Ramai kata MALAYSIA menang bcoz of NASIB ! but alyn tetap rasa mereka hebat cuz lawan dekat tempat orang n dengan stadium yg di banjiri fans Indonesia pun ta mematahkan semangat mereka utk beraksi.

waahhh!! ramainye manusia......

thanx pd gol keeper Indonesia cuz biakan bola Malaysia melepasi gawang!haha
ehem2!! badroollllllll.................loike!


wira-wira muda :)

FAKTA:

1. Pasukan malaysia satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam setiap 

perlawanan pada Sukan SEA kali ini.

2. Pasukan malaysia merupakan pasukan SATU Malaysia, dgn adanya orang Melayu, Cina 

dan India.

3. Pasukan malaysia merupakan satu-satunya pasukan DI DUNIA yang dpt naik 'barakkuda'

 untuk pergi dan balik dari stadium.

4. Pasukan malaysia ialah satu-satunya pasukan yang dpt kalahkan Indonesia pda SEA 

Games kali ini.

5. Satu-satunya Negara Yang Hormat Negara Orang..





FAKTA kat atas ni alyn share dri FB okeyh :)
 Ayuh! sokong negara kita MALAYSIA.
Hidup bola.!!



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

SEGMEN: TINGKATKAN FOLLOWER ANDA DENGAN SEKELIP MATA



Waktu jejalan kat sahabat blogger tdi ternampak pulak segmen ni di wall Mr.Eddy..
So,buhsan2 ni gatal pulak jari ni na juin..huhu..
 oke,na tau sape owner segmen ni jum terjah SINI :)

apa yg alyn suke dekat belog Cik Nes :
_: belog warna PINK .. jenis tulisan n warna tulisan yg terang memudahkan pembacaan setiap entry :)
_: cara penulisan belog yg membuatkan alyn rasa nes ni peramah orangnye :)

apa yg alyn tak suke dekat belog Cik Nes :
_: Icon menu bar macam kurang skit la yunk :)




Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Bila Hati dan Mulut Tidak Seiring


Kepada mereka yang mempunyai buah hati. Pernah tak kamu terasa somtime buah hati kamu tu terlampau mengonggkong n kamu berharap dia hilang dari hidup kamu atau lagi kejam kamu na cari buah hati yang baru .
Kamu sering gadoh-gadoh bukan gadoh manja tapi gadoh yang sampai kamu menghiris hatinya dalam diam. Kamu selalu suruh Si dia fahami kamu tapi kamu sendiri bertindak sebaliknya.Kamu sering merajuk bila permintaan kamu tidak di penuhi tetapi kamu pernah fikir apa pula permintaan Si dia. Kamu menangis kerana Si dia lupa akan tarikh terpenting dalam hidup kamu tapi pernah kamu lihat Si dia menangis setiap kali kamu lupa janji-janji manis kamu kepadanya.

Bila kamu keluar 'dating' dengan Si dia kamu seboleh-bolehnya berjalan jauh darinya kerana kamu malu dengan cara pemakaiannya tetapi Si dia tetap berjalan di samping kamu walaupun ketika itu pakaian kamu tidak semahal mereka yang lain.Ketika kamu sibuk membandingkan Si dia dengan yang lain Si dia sibuk memandang kamu dan berkata di dalam hati bahawa kamulah yang terindah pernah singgah dalam hidupnya. Sebelum tidur kamu teringatkan kekasih lama yang dulu pernah kamu sayangi tetapi Si dia selalu berharap agar dia dapat melupakan kekasih lamanya hanya untuk mencintai kamu dengan sepenuh hati.


Bila kamu makan bersama Si dia, kamu hanya memikirkan menu apa nak order tapi Si dia beriya-iya mengingati apa makanan kesukaan kamu.Sedang seronok kamu menjamah makanan tanpa menghiraukan sesiapa Si dia dengan gembiranya menyendukkan lauk ke dalam pinggan kamu.Apabila kamu merasa susahnya nak menikmati ABC yang bertingkat-tingkat lagi sejuk itu Si dia datang dan menghancurkan ais ABC yang tinggi itu sehinggalah mudah untuk kamu menikmatinya."Selekehnya makan macam tu",kata kamu ketika melihat Si dia makan sampai mulut pun kotor dek makanan tetapi Si dia akan mengelap mulut kamu yang comot itu dengan jarinya dan berkata "Comelnya kamu makan,macam budak-budak".


Kamu sanggup batalkan 'date' dengan Si dia semata-mata kerana kawan kamu ajak menonton wayang tetapi Si dia sanggup meninggalkan semua kerjanya hanya untuk menemani kamu makan.Kamu selalu mendahulukan kawan-kawan kerana kamu rasa kawan-kawan kekal lama tapi kekasih bila-bila boleh putus tetapi pernah kamu terfikir tak semua kawan-kawan sanggup berkorban untuk kamu.Bila kamu sakit Si dia lah yang berusaha mencari ubat untuk kamu dan kawan-kawan kamu hanya mengucapkan " semoga cepat sembuh ya"....

Ketahuilah jika Si dia telah penat dan ingin rebah ketika itulah kamu akan di pandangnya kosong.Ketika air mata Si dia mengalir laju ketika itulah kamu harus menerima kekalahan yang menjadi hak kamu dan ketika Si dia melangkah pergi dari hidup kamu bersedialah untuk menerima kehilangannya.

Selagi Si dia berada di hadapan kamu dan kamu merasa pengorbanannya berusahalah untuk menghargai walaupun hanya dengan ucapan Terima Kasih.Janganlah kamu merubah Si dia menjadi orang lain selain dari dirinya kerana Si dia menyayangi kamu bukan bayang yang kamu ciptakan menerusi diri Si dia.Janganlah terlampau mencari yang terbaik tetapi cubalah menjadi yang terbaik untuk dirinya. (",)


p/s : sejujurnya air mata ini mengalir laju ketika melihat Si dia yang tersayang mengalirkan air mata.Sejujurnya itulah kali pertama aku melihat air matanya mengalir walaupun bukan untukku tapi aku akan cuba hapuskan air mata kesedihan itu dan mengantikannya dengan air mata kegembiraan.ilysm.



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Hati Bila Kau Nak Puas


lame dah tak hupdate entry.Kali ni saje na melayan hati yang tengah parah ni..acececeh! Otak pon rasa dah tak betol da.okeyh! alyn tau masing-masing ada kelemahan,keburukan dan kelebihan.n alyn admit ngumpat r mengata tu perkara biasalah kan bila kita tak puas hati.Tapi nak di jadikan cerita,ada seorang hamba ALLAH ni yang tetiba mengadu domba pada orang lain..hmm,bukan orang lain tapi kawan alyn..okeyh! kawan...
So,kepada hamba ALLAH tu udah la.Jangan na rusakkan persahabatan kami yang sedia ada.Kau nak marah cuba cek dulu siapa yang salah.Kau kan..kau kan.. :) jadi mintak jasa baik kau ya,jangan mintak simpati pulok kat orang lain n rusakkan nama orang yang tak terlibat..Redha jelah jawabnya alyn.. :)



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

contest saya bersama SHAWL


Entry melekat : skroll ke bawah utk entry terbaru :)
CONTEST DI TUTUP :)

UPDATE TERBARU : PEMENANG CONTEST !!



salam pepssss :)
oke ary nie alyn n syidot nk buat satu contest, nie contest pertama yg alyn n syidot buat.
sgt sgt teruja dan takot,sbb kami blogger baru a.k.a baby huhu n follower pown tak ramai seperti otai otai blogger yang lain.
tapi kami akn cuba sebaik mungkin untuk mnejayakan contest pertama kami nei :)

syarat syarat contest:
1. buat entry betajuk : "contest saya bersama SHAWL" n copy banner kat atas
2. mesty follow blog alyn n syidot *wajib :)
3. gambo mesty dgn SHAWL *pashmina pown blh bukan dgn tudung bawal n bukan dgn tudung bibik a.k.a sarung *satu gambar
4. tag 3org utk join contest nie, make sure dowg tawu
5. tinggalkan link contest kowg kat kotak komen syidot n alyn

hadiah :
tempat pertama: topup RM10 (maxis,celcom,digi)
tempat kedua: topup RM5 (maxis,celcom,digi)
tempat ketiga: topup RM3 (maxis,celcom,digi)

UPDATE :
PEMENANG CONTEST SAYA BERSAMA SHAWL



Tempat PERTAMA :


http://nurulainulfarhain.blogspot.com


Tempat KEDUA :


http://daygkunurhayati.blogspot.com


Tempat KETIGA :


http://imedianna.blogspot.com/



Thanx kepada mereka-mereka yang cantik manis cuz sudi juin contest ni n support blogger baru mcm kami.
Kepada pemenang- pemenang di atas,TAHNIAH  :)


p/s : hadiah akan di berikan pada hari SELASA :)














Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!



Pagi-pagi buta ni boleh pula nak juin GA ye..Layan jela..
Okeyh,GA ni daripada Mr.Baiz..
na tau lebih lanjut klik banner di atas..

GA ni menarik untuk di sertai..
Tarikh tutup GA ni pada :
31 OKtober 2011..
So,cepat-cepat..ada masa lagi na juin ni.. :)
mne tau ada rezeki :)

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Hobin Jang Hobin





Sangat la excited na hupdate pasal bola!
seperti yang di ketahui umum,pasukan bola sepak Negeri Sembilan telah memenangi Piala Malaysia.Sekali gus,mengalahkan pasukan bola sepak Terengganu.
Tersangatlah gembira! Ghuso hebat..Penyu hebat jugak,tapi takde rezeki..cuba tahun depan okeyh..
Piala Malaysia welcome to Negeri Sembilan.

Kepada pemain-pemain Ghuso,kamu semua terbaiklah! Kunalan dan Hai-o,terima kasih banyak2..!

Okeyh! nak bagi tau semua,alyn bangga jadi anak noghori...!!

HOBIN JANG HOBIN!!!!

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Tun Dr.Mahathir Mohamad membuat aku MENANGIS



Tanggal 26 Oktober 2011 merupakan hari yang menjadi kenangan manis buat alyn kerana alyn dapat melihat Tun secara live.Percaya atau tidak,air mata ni mengalir cuz macam tak percaya finally alyn jumpa jugak dgn seseorang yg banyak menabur jasa di tanah Malaysia ini.
Waktu ni lah terasa aura Tun memenuhi suasana.Waaa..!!! berair je mata,terharu dapat sama-sama menyambut kehadiran beliau.

see!!! alyn disana..hee..na menyibuk jugak...

Tun seorang yang sangat hebat dalam mengutarakan sebarang ucapan dan beliau menjawab setiap soalan yg diajukan dengan bernas.Setiap yg ada terpaku menghayati dialog yang di sampaikan termasuklah alyn sendiri.Banyak nasihat yang di sampaikan terutama kpd kaum wanita supaya membuka minda dan berani menghadapi dunia perniagaan.Alyn suka dgn kata-kata Tun di mana,"ramai penduduk luar negara suka dtg ke Malysia kerana penduduk Malysia friendly sgt and selalu senyum"..
Alyn tak sangka Tun pandai berjenaka.Terasa cepat je habis ..Ta puas..ta puas..!

Sempat snap pica dgn Dato' Mahadzir Lokman.
Bila la nak jadi macam dia ?? hmm...

Ni alyn tak tahu siapa bcuz bos alyn yg suruh bergambar dengan dia.
Mybe dia deligasi yg dtg ke Malaysia.

Malaysia sebuah negara yang aman dan berada di bawah pimpinan mereka yang di pertanggungjawabkan.Sebagai rakyat kita hanya mampu menyokong mereka dari belakang.Berdoalah supaya keamanan negara berkekalan dan janganlah kita sendiri menjadi pemusnah kepada keamanan itu.




P/s : Alhamdulillah,impianku menjadi nyata ...maaf jika tersilap menulis pangkat kepada mereka yg di atas.



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Contest Mari Berpantun Bersama YUI







hari ni alyn nak join contest by kak yui.
ini bukan sebarang contest tau..ini contest mari berpantun punya...huhu

oke,kak yui,pantun alyn berbunyi begini :

Raja tersenyum di singgahsana,
Melihat permaisurinya manis bak gula,
Hari Lahirku amat bermakna,
Saatnya dimana langkahku bermula.

Negaraku megah namanya Malaysia,
Kurniaan terindah Maha Pencipta,
Tak kira kaum mahupun usia,
Marilah memartabatkan bahasa ibunda tercinta.

okeyh kak yui.... :)



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Contest Blog Paling Cute by FN ♥



Alyn na juin contest by cik FN ni cuz belog dia ada one of my feveret song.
belog dia pun cantex.. :)
sape na juin lgy?? KLIK okeyh.

Kawan-kawan yg di Tag :-


Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com


anigif penmerah anigif penmerah

oke.bosan petang-petang ni..
so,alyn juin contest by cik penmerah.
adiah menarik n bole tambah kawan .
siapa nak juin n na tau syarat-syaratnya..mari klik SINI.

kawan-kawan yang telah di TAG.


Tarikh tamat :

21 Oktober – 10 November 2011

lama lagi kan..so,jum juin!



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

Cerita Muka Buku


credit to : Nadzirah K

Kawan-kawan 1st of all,i know that ur FB is yours.
Kawan-kawan 2nd,i know a few of us will say "eh!FB aku,aku punye suka la,,kau sibuk nape?"
Okeyh,FB kamu,hak kamu.Tapi ape yang kamu post menjadi hak kepada mata-mata yang membaca.
Janganlah post status yang penuh dengan kata-kata makian,sumpahan dan kecarutan yang melampau.
Jangan tunjukkan kebodohan kamu dengan menghantar post-post yang mengaibkan orang lain serta bercakaran sesama manusia di FB.Ape guna semua to?....
if kamu bermusuhan pun fikirlah jalan penyelesaian yang lebih baik dan bukannya keluarkan makian dan penghinaan di FB.
Tipulah if alyn kate alyn ta penah post luahan perasaan kat FB tapi bukan la dengan perkataan 

_B***
_Pu*****
_S***
_GAM****

perlu ke..perlu ke...lagi-lagi kaum hawa yang bukan main comel n cantik lgi..tetapi mengecewakan la bila ayat-ayat mcam to di zahirkan di FB.alyn ingat lagi komen kawan alyn,lelaki tau..dia kate "weyh!pompuan ni lawa kot,tapi tgok sikit dia punye bahasa,mak aii..taleyh wat bini weyh.."....

tengok! macam mane kaum Adam melabel kamu-kamu yang seperti ini..
So,mari sama-sama kita beringat n if bole jadikanlah FB itu ruangan sosial yang memberi faedah.oke :)



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)