Masalah Teman Akrab Manusia


Manusia tidak lari dari masalah.Setiap manusia mempunyai pelbagai cara dan pelbagai ragam dalam mengatasi masalah masing-masing.
Ada yang menangis,ada yang marah,kecewa,dan tidak kurang juga yang berputus asa..
Manusia sesungguhnye lemah apabila berhadapan dengan masalah.
Sekali di tindas dia akan rebah tanpa berazam untuk bangkit.Sekali dia di kecewa dia menolak segala peluang yang lalu di hadapannya.Sekali dia leka maka musnahlah segala perancangannya.Inilah manusia yang mempunyai hati sebesar cawan.Sangat kecil sehingga tak tertampung dek masalah yang menyesakkan.Manusia ini jugalah yang merasa sepahit-pahit hempedu yang seakan kesat untuk di telan.Hati menjadi sangat terluka dan pedih.

TETAPI

Jadilah manusia yang hatinya seluas kolam.Dimana segala masalah akan di hadapi dengan penuh kesabaranYakinlah bahawa masalah itu hadir bukan untuk menyusahkan manusia tetapi menjadikan manusia lebih matang dalam meniti hari depan.Masalah itu juga membuat manusia berfikir akan jalan penyelesaianya dan menjadikan manusia lebih berdikari bukannya menjadi alasan untuk mundurkan diri.Manusia beginilah yang mampu tersenyum jika masalah menegur hidup mereka.Manusia beginilah yang mampu menyemai ketenangan di jiwa.Manusia beginilah yang hidupnya akan merasa bahagia.

Janganlah biarkan dirimu memiliki hati sebesar cawan.Jadikanlah hatimu seluas kolam yang mampu menanggung kegusaran.Berdoalah manusia tika kamu merasakan diri kamu dalam kesusahan.Tersenyumlah manusia supaya kamu mampu bertahan.Positiflah minda agar hidupmu sejahtera sehingga bertemu TUHAN. 

p/s : Setiap masalah yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kuatkan semangat!!

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

No comments: