Kepada mereka yang mempunyai buah hati. Pernah tak kamu terasa somtime buah hati kamu tu terlampau mengonggkong n kamu berharap dia hilang dari hidup kamu atau lagi kejam kamu na cari buah hati yang baru .
Kamu sering gadoh-gadoh bukan gadoh manja tapi gadoh yang sampai kamu menghiris hatinya dalam diam. Kamu selalu suruh Si dia fahami kamu tapi kamu sendiri bertindak sebaliknya.Kamu sering merajuk bila permintaan kamu tidak di penuhi tetapi kamu pernah fikir apa pula permintaan Si dia. Kamu menangis kerana Si dia lupa akan tarikh terpenting dalam hidup kamu tapi pernah kamu lihat Si dia menangis setiap kali kamu lupa janji-janji manis kamu kepadanya.
Bila kamu keluar 'dating' dengan Si dia kamu seboleh-bolehnya berjalan jauh darinya kerana kamu malu dengan cara pemakaiannya tetapi Si dia tetap berjalan di samping kamu walaupun ketika itu pakaian kamu tidak semahal mereka yang lain.Ketika kamu sibuk membandingkan Si dia dengan yang lain Si dia sibuk memandang kamu dan berkata di dalam hati bahawa kamulah yang terindah pernah singgah dalam hidupnya. Sebelum tidur kamu teringatkan kekasih lama yang dulu pernah kamu sayangi tetapi Si dia selalu berharap agar dia dapat melupakan kekasih lamanya hanya untuk mencintai kamu dengan sepenuh hati.
Bila kamu makan bersama Si dia, kamu hanya memikirkan menu apa nak order tapi Si dia beriya-iya mengingati apa makanan kesukaan kamu.Sedang seronok kamu menjamah makanan tanpa menghiraukan sesiapa Si dia dengan gembiranya menyendukkan lauk ke dalam pinggan kamu.Apabila kamu merasa susahnya nak menikmati ABC yang bertingkat-tingkat lagi sejuk itu Si dia datang dan menghancurkan ais ABC yang tinggi itu sehinggalah mudah untuk kamu menikmatinya."Selekehnya makan macam tu",kata kamu ketika melihat Si dia makan sampai mulut pun kotor dek makanan tetapi Si dia akan mengelap mulut kamu yang comot itu dengan jarinya dan berkata "Comelnya kamu makan,macam budak-budak".
Kamu sanggup batalkan 'date' dengan Si dia semata-mata kerana kawan kamu ajak menonton wayang tetapi Si dia sanggup meninggalkan semua kerjanya hanya untuk menemani kamu makan.Kamu selalu mendahulukan kawan-kawan kerana kamu rasa kawan-kawan kekal lama tapi kekasih bila-bila boleh putus tetapi pernah kamu terfikir tak semua kawan-kawan sanggup berkorban untuk kamu.Bila kamu sakit Si dia lah yang berusaha mencari ubat untuk kamu dan kawan-kawan kamu hanya mengucapkan " semoga cepat sembuh ya"....
Ketahuilah jika Si dia telah penat dan ingin rebah ketika itulah kamu akan di pandangnya kosong.Ketika air mata Si dia mengalir laju ketika itulah kamu harus menerima kekalahan yang menjadi hak kamu dan ketika Si dia melangkah pergi dari hidup kamu bersedialah untuk menerima kehilangannya.
Selagi Si dia berada di hadapan kamu dan kamu merasa pengorbanannya berusahalah untuk menghargai walaupun hanya dengan ucapan Terima Kasih.Janganlah kamu merubah Si dia menjadi orang lain selain dari dirinya kerana Si dia menyayangi kamu bukan bayang yang kamu ciptakan menerusi diri Si dia.Janganlah terlampau mencari yang terbaik tetapi cubalah menjadi yang terbaik untuk dirinya. (",)
p/s : sejujurnya air mata ini mengalir laju ketika melihat Si dia yang tersayang mengalirkan air mata.Sejujurnya itulah kali pertama aku melihat air matanya mengalir walaupun bukan untukku tapi aku akan cuba hapuskan air mata kesedihan itu dan mengantikannya dengan air mata kegembiraan.ilysm.
2 comments:
lumrah bercinta lyn...seindah biasa.:)
klu pe yg spttnye sidia uh buat tp tu kite yg wat cmne lyn?
plez help me to thr0w away this bad feeling..;((
Post a Comment