Jum Kita Berdoa




Ya Allah! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan.Berikanlah kepada(Nabi)Muhammad wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda (di Hari Akhirat kelak) pada kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan.

Rasulullah bersabda : Sesiapa yg berdoa selepas mendengar azan dengan doa di atas maka dia berhak mendapat syafaat baginda di Hari Akhirat kelak.[Shahih al-Bukhari, no:579] 
Seboleh-bolehnya selawat selepas berdoa.

Setelah berdoa dgn doa di atas dan selawat keatas Rasulullah,maka bolehla kita berdoa apa yg kita hajati.
Ini kerana tempoh di antara azan dan iqamah merupakan saat mustajab utk berdoa.

Rasulullah menekankan : Sesungguhnya doa tidak di tolak di antara azan dan iqamah,oleh itu berdoalah (kalian).[Musnad Ahmad, no : 12584].





*sumber bacaan : Dara[dot]com

Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)