Katakanlah Aku Untukmu.........!
Setiap manusia di dunia ini mempunyai keinginan untuk disayangi,dikasihi dan dilindungi.Tak salah kita mempunyai keinginan tersebut yang menjadi masalahnya apabila Katakanlah Aku Untukmu.........! tiada yg laen boleh mendekatimu atau memilikimu melaenkan aku.......!
Manusia kadang-kadang menjadi prejudis dan sangat pesimis dalam menjalinkan sebarang hubungan mahupun mereka yg mengejar akan sesuatu itu kerana mereka rasa tergugat di atas kehadiran manusia yg laen.Tidak kurang juga ada yg menaruh rasa syak sesama mereka.Tidak salah asalkan syakwasangka itu tidak membunuh hubungan silaturrahim yg sedia terjalin.
Sememangnya manusia selalu mengejar sesuatu yg tidak dimiliki dan menganggap sesuatu itu menjadi pelengkap hidupnya.#tanpa sesuatu itu aku akan mati!!...TIDAK sama sekali!!!TIDAK sama sekali,bahkan DIA yg akan mematikanmu......
"Dan kamu membenci sesuatu,sedangkan ia yg baik untukmu.Dan mungkin kamu menyukai sesuatu itu,sedangkan sesuatu itu amat buruk buatmu"
Ayuh manusia! bagun! sedarlah! untuk mendapat cinta yg sejati tidak semudah ABC,tidak bermakna untuk memiliki dan bukan juga untuk di tangisi jauh sekali berpegang pada kata 'give n take' semata-mata.
Cinta sejati itu membolehkan manusia menjadi kuat,memahami,berusaha dan rela berkorban.
Cinta sejati menjadikan manusia pasrah dan lebih bersabar dalam mengharungi kehidupan.
Cinta sejati itu adalah seperti intan yg di saluti debu.
Sebelum mendapat cinta sejati manusia kebanyakkan mengejar cinta palsu.cinta yg berdebu.Hanya melekat buat seketika dan akhirnya terbang di tiup angin.#cinta aku dan dia seperti apa ya??..ampunkan aku YA ALLAH jika cinta aku dan dia mengundang kemurkaanMU.
Cinta palsu itukah yg kita sering agung-agungkan??..#ampuni aku YA ALLAH,aku lalai...
Cinta palsu itu membuat manusia leka dan di belenggu keseronokan dunia semata-mata.
Cinta palsu itu menyebabkan manusia memutuskan hubungan,manusia menanamkan dendam,manusia iri hati,manusia lupa diri dan bergaduh sesama sendiri.~dunia berantakan hanya kerana cinta,CINTA kepada sesuatu itu!cinta yg berdebu!!
"ALLAH mengetahui segala yg terjadi kerana DIAlah yg menjadi Pencipta seluruh alam ini,Yakinlah wahai manusia di sebalik kepahitan yg dirasa bakal ada kemanisan di penghujungnya...."
Oleh itu,bercintalah manusia.cintailah cinta yg di syariatkan ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH menganugerahkan cinta di dalam kehidupan setiap manusia,mana mungkin ALLAH membenci cinta itu melainkan kita mengunjurkan cinta itu kepada sesuatu yg salah...#YA ALLAH,kerdil sungguh hambaMU ini..
"YA ALLAH ampunilah dosa yg telah kami lakukan secara sengaja mahupun tidak,yg zahir mahupun yg tersembunyi,berkatilah hubungan silaturrahim di antara kami YA ALLAH..Janganlah KAU putuskan hubungan persaudaraan diantara kami,utuhkanlah kasih sayang kami dan redhailah kami hambaMU yg kerdil di dunia ini.."
"YA ALLAH sesungguhnya kami mengadu kepadaMU..sesungguhnya KAU dekat tetapi kamilah yg menjauhkan diri dariMU YA ALLAH..ampunkan kami.."
Sesungguhnya ramai manusia yg salah menilai cinta sehingga tersasar dari landasannya.HambaMU ini tidak terkecuali..
Katakanlah "Aku hanya untuk Khaliqku.."
p/s : hanya coretan sebagai memuhasabahkan diri serta yg menerima setiap bait coretan yg telah di zahirkan pada ruangan belog saia.
No comments:
Post a Comment