Tergoda Laa Sangat Kan


Dunia ni semakin di luar jangkaan.Baik Hawa mahupun Adam masing-masing mempamerkan bermacam kerenah dan sifat yg adakalanya menjadi tanda tanya di benak.Adakalanya juga kelakuan tidak seiring dengan pemikiran dan logik akal sehingga kelakuannya menjadi hiasan di bibir setiap manusia.
Oleh itu hawa,ayuh! kita renungkan bersama-sama mengapa hati kita yg rapuh ini begitu tergoda....


1.Terlalu Khayal dengan CINTA

Terlalu cinta akan seseorang bukanlah jaminan kebahagian hidup pada masa depan.Setiap daripada kita yg mempunyai kekasih hati selalu di buai dengan kata-kata manis umpama madu sehingga kita khayal dan lupa diri.

abg : sayang,abg rindu sayang la.
syg : sayang pun rindu abg.
sedang seronok berchating --->

bonda  : adik,tolong mama  kemaskan barang-barang di depan ni.
adik : nanti la mama,adik tgh sibuk ni....
bonda : adik,cepat la nanti papa balik  rumah bsepah pula.mama nak masak  .
adik : ish!! mama ni adik dah kate adik sibuk,bising je!!

abg : sayang,kenapa diam je??
syg : mama ni kacau jew..


Lihatlah sampai begini sekali kita mengabaikan keluarga demi CINTA.!!

2. Jangan Terhasut dengan Keinginan

Hawa,jangan terlampau mengejar cinta lelaki kerana takut di kecewakan nanti.Hawa,jangan terlampau ingin memiliki lelaki kerana kelak kamu yg menangis sendiri.Berwaspadalah,jangan terlampau inginkan yg indah,pabilamana nanti kamu melihat yg buruk itu kamu akan rebah.berpijaklah di bumi yg nyata!!

3. Jangan terlalu mendambakan Populariti

"mamat hensem idaman malaya to ajak aku kaple la....kau hade?? eii,aku lawa to sebab dia na kat aku bukan dgn kau yg serba kekurangan to!! mesti nanti dia bawak aku jumpe kawan-kawan dia yg kaya-raya to...SUKA SANGAT!!!"....

Hawa..kacak lelaki itu bukan bermakna kekal .kacak lelaki itu bakal menguji kecekalan iman kita.Oleh itu,jangan mudah tergoda,jangan berbangga dengan segala yg ada di dunia kerana semua di dunia sesungguhnya DIA yg punya.

4. Jangan Pandang pada Harta

Dia KAYA???!! na kenal dia dengan lebih rapat lagi bole?? 

Bila berharta ramailah yg datang menyembah.ramailah hawa yg tergedik-gedik na berkenalan.Hebadkan kuasa HARTA???!!!dengan harta manusia bole beli macam-macam,make-up M.A.C,mascara MYBELINE,minyak wangi ESCADAK termasuklah maruah seseorang.kerana harta juga dengan mudah hawa melabuhkan kasih di sisi mereka yg berharta.persoalannya ikhlaskah kasih itu??? aduhai,hawa....janganlah tergoda!

5. Jangan terpengaruh dengan Keadaan


"tade yg suke aku ke?peah,gayah,rosnah sume ade pakwe masing-masing..ini ta bole jadi nhey..."


Hawa,jangan terdesak untuk memiliki cinta.Jodoh kita telah di tentukan ALLAH.InsyALLAH.so,janganlah risau pabila kamu tidak memiliki cinta itu sekarang dan jangalah kamu cemburu bila melihat mereka yg berkasih sayang.

6. Jangan percaya kepada benda yang Karut marut

Nhey buat hawa yg suka membaca horoskop r sebarang ramalan.Jangan terlampau percaya yaw..! kerana takut terlampau percaya nnt musnah segalanya.Percayalah pada ketentuan takdir kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI segalanya.#alamak!alyn selalu jew bace horoskop n sumtime takot horoskop to betul..astagfirullahalazim..




:: Manusia itu pelupa.Muhasabah diri ye ALYN..


bahan rujukan : dara[dot]com



Hati merasa..Otak berfikir..Jari menzahirkan :)

No comments: